Luqman Al Hakim
Hai, Assalamualaikum. Mood agak malas nak type. Hm Akhirnya kau pergi jua Azan/Kechik. Maafkan atas segala kesalahan aku yang disengajakan dan tidak disengajakan. Maaf aku selalu buli kau. Hmm hari sabtu ialah hari terakhir aku dengar kau gelak dengar kau membebel. Only God know how much I miss you kechik :'(
Kechik, Hari jumaat dekat lab kau cakap kau nak bini kaya kau nak 10A+ SPM nanti dan... kau nak aku bahagia. Yea aku bahagia. Bahagia semasa keberadaan kau disisi. Sekarang aku terpaksa lepaskan kau Azan. Lepaskan kau ke tempat yang jauh yang dijumpai oleh kematian sahaja.Terpaksa dengan hati yang tenang. Aku tahu semua ada hikmahnya yang tersembunyi di Lauh Mahfuz.
Segala kenangan kita aku takkan lupa. Kenangan time aku demam then kau pujuk sampai kau runtuh kerusi kau goyang. Haha. Kau selalu cakap 'Eh qayyum cepat la pergi sekolah lain aku nak duduk sorang sorang' Hm aku tahu disebalik ayat tue mesti kau sedih kan? Aku tahu kau sedih time aku nak pergi VI dulu. hmm. Dulu kau time kau form 3 kau cakap nak masuk MRSM. bila kau dapat tawaran kau gopoh nak pergi beli barang hari sabtu tue tapi hari sabtu tue jugak senyuman kau tiada. Ketawa kau tiada. yang ada cuma tangisan sahaja.
Hari Ahad aku jenguk kau dekat ICU hati aku sedihh. Hari Isnin aku dapat berita yang kau dah keluar ICU bahagia dohh hati aku. Bahagia. Aku melawat kau sampai kau tiada.. Kau nak keluar hospital sebab kau cakap hospital busuk. Sebab kau cakap kau bosan tengok muka nurse yang sama. Haha. Ada haritue kau bagitahu doktor kau nak keluar tapi besi scan and hidung kau belum bedah lagi.
Lepas kau keluar dari Wad kau cakap kau nak masuk sekolah balik. Nak tengok kerusi meja and everthing. Tapi penyakit kanser kau yang menghalang. Menghalang untuk kau tengok semua tue. Kau dimasukkan ke hospital balik. Hmm doktor kau kau ta makan ubat sebab tue kanser kau teruk. Kechik! kau cakap kau ta suka ubat bila kau makan ubat kau akan rasa nak termuntah. Hm.
Hari selasa hari kau pergi ke tempat yang jauhh, Jauhh sangat. Kau mati dibumi tapi kau hidup dihati. Terima kasih sebab sudi menjadi seorang super friend aku. Terima kasih. itu sahaja dari Qayyum Raffique kepada Azan. Selamat Tinggal kawan. Semoga kau tenang. Sekian entry yang dipenuhi dengan air mata.